Haid
juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi
seorang wanita. Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan
dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan
wanita lain. Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara
sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara
21-35 hari.
Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
Fahami Kitar Haid
Kitaran
haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari.
Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang
lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation)
– ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk
diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama
haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa
hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang
untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari
di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular.
Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini,
darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan
mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya
akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang
dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya
disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil
Luteinizing Hormone
(LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan
hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio
ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa
luteal atau fasa
secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (
corpus luteum).
Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron
semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini
akan runtuh.
Waktu Terbaik
Setelah
anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama
suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika
itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama
haid seterusnya atau ketika fasa
luteal bermula.
Ini adalah kerana fasa
luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa
folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.
Sekiranya
haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu
subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah
mengira waktu subur.
Cara Lain Mengetahui Waktu Subur
Pada
waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah
celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan.
Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.
Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat
Oleh
kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu
dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan
zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan
yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma
dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna,
sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari
selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan
sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan
zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan
16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda
datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu
subur adalah pada hari ke-14.
Anda boleh cuba setiap bulan
untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk
memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk
pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan
tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap
kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan
tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma
boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7
hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang
dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan
cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari
sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko.
Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini
tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
panduanpercuma
No comments:
Post a Comment