SUSU KAMBING
Kepentingannya dalam hidup kita...
Kepentingannya dalam hidup kita...
Selalunya, apabila menyebut nak minum susu, kita sering membayangkan susu lembu. Tak terfikirpun dengan susu kambing. Mungkin ada yang terfikir.... tapi sukar untuk mendapatkannya dan tidak tahu khasiatnya. Kini kita tidak perlu risau kerana ianya amat mudah untuk kita mendapatkannya, bukan setakat itu saja semua orang mengakui susu kambing lebih tinggi manfaat dan khasiatnya jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya yang lebih kecil. Jika dilihat dari segi khasiatnya, susu kambing tidak kalah dengan susu lembu.
Salah satu sebab kurangnya minat orang ramai untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan mereka menganggap bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan “panas”. Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Baik untuk mereka yang alah pada susu lembu. Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan. Menolong mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut, penyakit kuning, asma (lelah), susah tidur, penyakit kulit, hepatitis A, migrain dan buah pinggang. Menguat sistem imunisasi paru-paru, juga bersifat anti-athritis. Mengimbangkan kandungan gula dalam darah dan meningkatkan daya kepekaan dan tumpuan. Tapi berapa peratus masyarakat dunia tahu akan manfaat susu kambing?
Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asthma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menipiskan asid hidroklorik dalam perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak. Sejarah juga telah menceritakan kepada kita sejak bila susu kambing digunakan dan telah menjadikan salah satu minuman sunah
No comments:
Post a Comment