Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Dua hari lepas che abe ku pulang dengan membawa sekotak Hi Goat. Sejak beberapa hari lepas aku asyik sebut nak minum bendalah ni...
. Dengan tersengih aku ucap terima
kasih dan ayat power ku, "ayah tau tak, ibu baru baca kat satu blog
kalau tak silap, suami yang memberi isteri dan anak-anaknya makan, akan
diberi pahala yang amat besar!" dan dia tersenyum terima pujian
ku.....hehe....
Dari apa yang ku baca, Hi Goat ini
lebih bagus dari susu Anlene. Bukanlah aku nak menidakkan yang susu
Anlene tu takde kualiti. Selama ni pun aku minum Anlene juga cuma
sekarang ni aku nak beralih arah ke Hi Goat. Itupun sebab kawan suami ku
yang isterinya seorang doktor mengatakan susu kambing lebih bagus dari
susu lembu.
Sebenarnya bila minum Anlene tekak ku
memang agak mual sedikit tetapi tidak dengan Hi Goat ni, rasa seperti
kita minum susu segar je.
Lagi satu banyak kebaikkannya
seperti mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut, penyakit kuning,
asma, susah tidur, penyakit kulit, hepatitis A, migrain dan buah
pinggang.
Harga pun mampu beli. Pagi tadi masa
aku lalu di pasar tamu, ada satu kedai makan jual Hi Goat ni dengan
harga RM3.50 sepeket. Kalau beli sekotak tak sampai RM50, baik beli
sekotak, ada 15 peket didalamnya.
*Kredit to : http://katahatiku-zana.blogspot.com
No comments:
Post a Comment