Assalamalaikum wtb semua. How's your day going? Hope ianya lebih baik daripada semalam.
Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Biasalah,
Ok, kali ni mimbar Jumaat dekat masjid di kawasan perumahan aku telah menyampaikan satu khutbah Jumaat yang sangat memberi input kepada aku dan seluruh penduduk. Mimbar Jumaat pada hari ni telah menyampaikan khutbah tentang pemakanan umat Islam pada hari ini.
Tahukah korang susu-susu yang ada di pasaran pada hari ini semuanya mengandungi bahan-bahan yang sangat merbahaya kepada tubuh badan kita yang mana ia boleh menyumbang kepada penyakit seperti cancer, jantung dan sebagainya. Lembu-lembu yang diternak itu telah diberi suntikan hormon babi yang boleh menyebabkan lembu-lembu menghasilkan susu dengan jumlah yang banyak. Jangan terkejut, ini adalah salah satu cara musuh-musuh Islam (kaum nasrani dan yahudi) ingin merosakkan kita. Mereka telah merancang untuk merosakkan semua umat Islam dengan merosakkan pemakanan kita (Islam) sejak dari kecil. Susu-susu untuk budak-budak (susu tepung) jugak telah dimasukkan sebanyak 80% lemak babi. Subahanallah.. Tersentak aku bila mendengarnya tadi.
Apa yang patut kita buat?? Tiada jalan lain melainkan kembali kepada sunnah Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mengamalkan meminum susu lembu sebaliknya baginda mengamalkan meminum susu kambing. Tahu tak korang satu-satunya kaum yang tidak meminum susu lembu adalah kaum Yahudi. Mereka mengamalkan meminum susu kambing sejak dari dalam perut ibu lagi. Ibu-ibu yang mengandung mengamalkan meminum susu kambing. Itu adalah sebahagian daripada rahsia mereka menjadi sangat hebat dan bijak pandai. Tidak hairanlah kenapa ramai nabi-nabi dipilih dalam kalangan mereka. Mereka memakan makanan yang dimakan oleh para nabi seperti kurma, kismis, buah zaitun dan lain-lain. Ini kerana dalam kitab mereka (Taurat) telah menceritakan, "makanlah daripada makanan yang baik untuk menjadi hebat".
Kenapa susu kambing dijadikan sunah untuk diminum?
Kambing adalah binatang terawal dijadikan. Ia wujud sejak zaman nabi Adam a.s lagi dan telah menjadi binatang ternakan para nabi terdahulu termasuk nabi Muhammad SAW. Ada satu kisah di mana seorang penternak telah menternak beribu-ribu kambing tenusu, tapi kerana ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda, dia telah menyuntik kambing-kambing itu dengan hormon babi supaya kambing-kambing itu menghasilkan susu yang lebih banyak. Tetapi Allah telah menjadikan kambing haiwan sebaik-baik ciptaan. Kambing itu hanya boleh bertahan selama 2 hari sahaja setelah disuntik dengan hormon babi itu dan lepas itu ia akan mati. Disebabkan itu susu-susu kambing tidak terdedah dengan pencemaran dan itu juga sebabnya kita disunatkan meminum susu kambing.
Sedang kusyuk mendengar khutbah tadi, aku disentapkan sekali lagi dengan kenyataan khatib yang menyampaikan khutbah. Dia telah menyatakan hanya ada 3 sahaja susu bersifat akali yang Allah cipta terbaik di dalam dunia.
Pertama : susu Ibu
susu ibu memang tiada tandingan lagi,kerana Allah menciptanya sebagai minuman kepada anak kecil dan sebagai bekalan nutrisi yang paling berkhasiat bagi insan yang baru dilahirkan itu..
Kedua: Susu Ikan Paus
sebab ikan paus adalah mamalia terbesar yang wujud dimuka bumi Allah ini,dan pada masa yang sama anak ikan paus perlukan sumber yang berkhasiat bagi meneruskan hidupnya terutama dikawasan yang sejuk. (susu ni mane nak cari?) ^_^
Ketiga:Susu kambing
Susu kambing merupakan satu minuman sunnah Nabi dan para Anbiya' yang lain. Nabi Muhammad S.A.W sendiri meminumnya 2kali sehari. Sejak dari Zaman Nabi Adam lagi, berlaku pengembalaan kambing. Sejarah kehidupan nabi-nabi yang lain juga ada..sebagai contoh nabi Ibrahim, hampir 2000 anjing diperlukan bagi menjaga ternakannya..cuba anda bayangkan..
Susu ikan paus?? Terperanjat bukan? Ya susu ikan paus antara 3 susu yang terbaik di dalam dunia. Setakat ni belum ada orang jual susu ikan paus dekat pasaran. Macamanalah gamaknya nak ambik susu ikan paus tu kan?
2:168 Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
5:88 Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.
5:93 Tidaklah bersalah ke atas orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,mengenai apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan kemudian bertakwa, dan percaya, kemudian bertakwa, dan berbuat baik; Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
5:96 Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
Oleh itu, makanlah daripada makanan yang baik untuk kita menjadi umat yang hebat sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Ingatlah, kaum nasrani dan yahudi tidak akan pernah meredhakan akan kita (umat Islam) selagi kita tidak mengikuti atau menuruti mereka. Mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menghancurkan Islam.
..Wallahualam..
No comments:
Post a Comment